Thursday, February 19, 2015

Kelebihan Surah Al Ikhlas

112. SURAH AL-IKHLAS (4 ayat) – ‘IKHLAS/ TULUS’
Terjemahannya:1.Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2.Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;  3.Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4.Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".


FADILATNYA:-

1. Membaca surah ini 1 kali, Allah Taala memberi pahala sebanyak pahala 100 orang pahlawan syahid.

2. Sesiapa yang membaca surah ini 10 kali selepas tiap solat Subuh, maka tidak akan terjadi kepadanya suatu dosa pun, walaupun syaitan bersungguh-sungguh menggodanya.

3. Sesiapa yang membaca surah ini 1 kali maka seolah-olah dia membaca sepertiga Al Quran.

4. Sesiapa yang membaca surah ini 3 kali, maka seolah-olah dia membaca keseluruhan Al-Quran.

5. Baca surah ini dalam solat-solat fardhu, Allah SWT mengampuni pembacanya berserta kedua ibubapanya lalu menuliskan mereka dalam buku daftar orang-orang yang berjaya.

6. Membaca surah ini 10 kali, Allah SWT akan membinakan untuknya sebuah rumah di dalam syurga.

7. Sesiapa yang membaca surah ini semasa dalam sakit yang membawa kepada kematiannya, maka ia tidak akan busuk di dalam kuburnya dan selamat dari kesempitan kubur serta para malaikat membawanya dengan sayap-sayap mereka sehingga melintasi titi Shiraathalmustaqim terus menuju ke syurga.

8. Baca surah ini di atas perkuburan sebanyak 11 kali dan pahalanya dihadiahkan kepada umat Islam yang telah meninggal dunia, maka diterimakan kepadanya pahala sebanyak mereka yang telah meninggal.

9. Membaca surah Al Ikhlas 200 kali pada setiap hari, Allah SWT mengampuni segala dosanya selama 50 tahun melainkan dosa hutang.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”
- Riwayat al-Baihaqi


10. Membaca surah Al Ikhlas 51 kali pada setiap hari, nescaya dibangkitkan ia dari kubur terus ke syurga.

11. Barangsiapa terlupa membaca “Bismillah” pada permulaan makan, bacalah surah Al Ikhlas selepas selesai daripada makan.

12. Petua menawar bisa sengatan kala jengking – Ambil air dan tuangkan kedalam bekas dan masukkan sedikit garam, rendamkan tangan atau kaki yang terkena sengat itu di dalamnya sambil membaca surah Al Ikhlas, surah Al Falaq dan An-Naas. Teruslah berbuat demikian hingga rasa sakit bekas sengatannya hilang.

13. Pada bulan Ramadhan ketika berpuasa, kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga. Mesti sahur. Ketika hendak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam. Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas. Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.

Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi, sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya. Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis tidak akan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.

14. Surah Al Ikhlas itu adalah ayat-ayat yang dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita.

15. Diceritakan, seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w mengadukan kemiskinannya, maka oleh baginda dikatakan yang membawa maksud: Apabila kamu masuk rumahmu, maka bacalah surah al-Ikhlas.

16.Baca surah ini 11 kali dan tiupkan pada tengkuk orang yang degil untuk lembutkan hati mereka.17. Sesiapa yang membaca surah ini dalam Solat Sunat Dhuha pada rakaat kedua sebanyak 10 kali setelah membaca Ayat Kursi 10 kali pada rakaat pertama, insyaAllah ada rezeki untuknya pada hari itu.

No comments:

Post a Comment