Wednesday, February 18, 2015

Doa Rawatan Menghindarkan Penyakit Berjangkit

Amalan ini diberi oleh salah seorang guru perawat di Pulau Pinang Tok Su Li. Amalan ini bertujuan untuk menghindar diri dari penyakit berjangkit secara khususnya. Boleh juga untuk merawatnya. InsyaALLAH, segalanya datang dari ALLAH, kembali kepada ALLAH jua.

Amalannya:

Surah Yasin : Ayat 58

58. (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
1) Selepas selesai solat Fardhu, amalkan membaca Yasin : Ayat 58 sebanyak 7, 9, 12 atau 27x senafas. InsyaALLAH terhindar dari segala unsur-unsur negatif.

2) Sebelum keluar rumah, amalkan membaca Yasin : Ayat 58 7x senafas, insyaALLAH terhindar dari segala penyakit berjangkit, sihir atau gangguan makhluk halus dan santau terutamanya.

3) Dalam sehari, jadikan mandian untuk menghindar dari penyakit berjangkit dan segala penyakit dengan izin ALLAH – Yasin : Ayat 58 sebanyak 77x. Ditiupkan pada air di dalam baldi. InsyaALLAH.

4) Bagi yang terkena, boleh diikhtiarkan dengan menyediakan air satu baldi:-

- Garam Bukit 3-7 sudu (bergantung kepada tahap kekronikan sakit)

- Daun pokok Ketapang 7 helai

- Daun pokok Ara 7 helai

- Kulit pokok Rambai 7 Keping ( Ditumbuk halus )

- Daun Bidara (jika kes gangguan)

Lalu dicampurkan semuanya dalam satu baldi dengan tuangan satu persatu lalu dibacakan dengan :

a) Al Fatihah 7 kali dengan ulangan Fatihah : Ayat 4 sebanyak 7 kali setiap satu.

4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

b) Ayat Kursi 7 kali dengan ulangan ayat yang digariskan sebanyak 9 kali setiap satu.

255. "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia-lah yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)"
c) Yasin : Ayat 58 - 63x.




d) 5 Qul ( Al Jin 1-5, Al Kafirun, Al-Ikhlas, Al- Falaq, An-Nas). Al-Ikhlas seelok-eloknya dibaca sebanyak dalam bilangan yang berikut samada 1, 3, 5, 7, 9 atau 12x.










Maka, setelah selesai, dimandikan pesakit tadi. Adalah lebih bagus jika yang sihat mengamalkannya sekali sebulan, sekurang-kurangnya, kerana mengelak lebih baik dari mengubati.

Ramai juga yang tertanya-tanya, bahan-bahan di atas agak sukar untuk diperolehi jika tinggal di kawasan bandar. Boleh saja digantikan dengan limau nipis sebanyak 7 biji dan garam bukit.

Tidak perlu dipeningkan kepala dengan kaedah atau bahan-bahan. Yang paling penting dan utama adalah penyerahan dan pengabdian diri kepada ALLAH semata-mata. Bahan dan kaedah hanya sandaran tetapi pergantungan tetap kepada ALLAH semata-mata, tiada duanya. Ada jalan masuk, pasti ada jalan keluar, InsyaALLAH. ALLAHu Robbi.



Sekadar tambahan, bagi yang akan menghadapi temuduga, boleh juga amalkan dengan membaca Yasin : Ayat 58 ini 7x senafas di muka pintu sebelum keluar rumah sambil membayangkan diri sendiri, lalu hembuskan nafas perlahan, isyarat menghembus diri kita yang dibayangkan itu. InsyaALLAH, semoga ALLAH memudahkan segalanya.



Amin Ya Robbal A'lamin.

Dipetik dari:
http://terapi-alfatah.blogspot.com/search/label/Amalan

No comments:

Post a Comment