IKHTIAR MASALAH DENGGI
Demam denggi disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (Genus Flavivirus) yang dibawa oleh nyamuk aedes betina.
Simptom-simptom seperti :
1) Demam mengejut dan tidak kebah, dengan
2) Sakit kepala teruk,
3) Sakit di belakang bebola mata (pedih dan sengal).
4) Sakit sendi dan otot
Adalah antara tanda awal bagi masalah jangkitan virus ini. Jika ada tanda-tanda seperti di atas ini, maka jangan berlengah ke hospital berhampiran atau mengambil langkah kawalan awalan.
Kegagalan atau kelewatan merawatnya akan menyebabkan :
1) Radang hati
2) Radang otak
3) Radang Otot kardiak (otot jantung)
Yang dalam ertikata lain MEMBAWA MAUT.
Secara ringkasnya, bagi permasalahan ini, terdapat dua keadaan penting untuk membendungnya, iaitu :
1) Mencegah
2) Merawat
Dua keadaan ini amat berbeza keadaannya serta kaedah menguruskannya.
Bagi Mencegah jangkitan virus denggi ini, adalah :
1) Menelan Pati Habbatussawda (3ml) setiap pagi sebelum sarapan bagi mengaktifkan sistem lobulus di dalam hati (liver) untuk sumber metabolisme hati bagi mencegah segala antigen(virus) yang menganggu sistem tubuh.
2) Amalkan memakan sekurang-kurangnya sebiji kurma sebagai awalan sarapan.
3) Amalkan meminum susu kambing sebagai ambilan sarapan.
4) Banyakkan meminum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
Selain daripada memastikan tiada air bertakung di kawasan kediaman atau premis perniagaan.
Bagi kaedah Merawat, boleh dicuba :
1) Air kelapa muda 250ml + Halia 2 inci (ditumbuk), kemudian diberi minum setiap 2jam.
Atau
2) Daun sirih 3helai + Air panas (150ml) + Cengkih 7kuntum + Bunga Lawang 3 kuntum. Direndam kesemua bahan di dalam air panas tersebut, tunggu sehingga suam, kemudian diberi minum kepada pesakit yang berisiko, setiap 2 jam.
Atau
3) Habbatussawda (pati 6ml / bijian 5 cubit) + Madu lebah 5sudu besar (5ml x 5) + Pati Delima 5 sudu besar (5ml x 5). Digaulkan kesemua bahan, biarkan selama seminit (untuk sebatian). Kemudian diberi pesakit berisiko telan sebaiknya sebelum memakan makanan berat. Selepas 1-3 minit, pesakit disarankan meminum air putih.
Banyak lagi kaedah bagi menangani masalah Virus Genus Flavivirus (Denggi) ini.
Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka
(Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)
http://terapi-alfatah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment