Monday, December 21, 2015

MAKNA DOA YANG SEBENAR

Apakah maksud doa yang sebenar ?

Doa itu ringan tetapi berat. Maksudnya berdoa memang mudah hanya perlu mengucapkan doa dan mengangkat tangan sahaja. Tapi sebenarnya doa itu bukanlah kerja mulut dan juga tangan tapi adalah kerja hati. Berdoa perlulah dari hati dengan ikhlas meminta dan mengharapkan dari Allah serta merendah diri sebagai seorang hamba yang amat memerlukan bantuan dari Tuhannya. Jika hati tidak berdoa maka doa yang dilakukan hanya sekadar zahir sahaja tidak akan datang ikhlasnya doa tersebut.

Berdoa sebenarnya bukanlah permohonan tetapi adalah pembuktian bahawa kita sebagai hamba Allah sangat memerlukan bantuan dan pertolongannya. Ini kerana Allah S.W.T sudah sedia mengetahui apa yang ingin kita hajatkan walaupun sebelum kita berdoa. Jadi untuk doa itu untuk membuktikan yang kita benar-benar bertakwa dan bersungguh-sungguh menjadi seorang hamba yang mengharap.

Berdoa itu adalah perkara pertama yang perlu kita buat sebelum berusaha. Bukan sebaliknya kebanyakan dari kita berusaha dahulu barulah berdoa. Contohnya mereka berusaha dengan sebaiknya untuk berjaya dalam perniagaan kemudian barulah disertakan dengan doa. Sepatutnya perlu dimulakan dengan doa, kerana itu setiap situasi kita dibekalkan dengan doa. Contohnya sebelum memulakan perjalanan kita berdoa untuk kebaikan dalam perjalanan kita. 

Kita juga perlu membersihkan hati untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. kerana hati yang kotor pastinya tidak akan ikhlas berdoa. Sama-sama kita membersihkan diri dengan bertaubat kepada Allah S.W.T dan melakukan segala suruhannya serta meninggalkan larangannya.




No comments:

Post a Comment