Friday, July 3, 2015

IKHTIAR MASALAH SAKIT URAT



IKHTIAR MASALAH SAKIT URAT (PUNCA FIZIKAL DAN SPIRITUAL)

SOALAN:

Salam ustaz,
Saya ingin bertanya adakah amalan atau ayat2 yang boleh diamalkan sebagai usaha menangani sakit sakit atau salah urat yang mungkin disebabkan tersepak benda benda halus. Sekiranya ada, ustaz boleh mengongsikannya di wall ustaz. Terima kasih. Wassalam.

JAWAPAN :

W’Salam WMT, dari segi kaedah bagi mereka yang mempunyai salah urat atau sakit-sakit disebabkan tersepak makhluk halus atau orang johor panggil ‘denah’, ianya bersifat umum.

Umum dari segi perawatan.

Iaitu boleh saja, menggunakan minyak kelapa atau minyak zaitun sepiring, dicampur dengan sepotong sebesar ibu jari kunyit, sepotong sebesar ibu jari halia, secubit bunga cengkih dan sebatang kulit kayu manis. 


Semua bahan ini ditumbuk halus, dicampurkan dengan minyak tadi. Semasa tumbuk digalakkan membaca, Surah Asy-Syuara :130 (وإذا بطشتم بطشتم خبازين) , berulang kali, sehingga lumat semua ramuan, dengan niat lumatnya penyakit seperti mana lumatnya ramuan (dengan izin ALLAH).

Setelah campur, maka, dibacakan dengan :

Al Faatihah 7x, Ayatul Kursi 7x, Al Isra: 81-82 3x, Al Ikhlas 3x, 2 Qul 1x, Selawat ke atas Junjungan Sayyiduna Muhammad S.A.W 11x.

Minyak tersebut disapu pada tempat sakit, ditutup, kalau eloknya dibalut dengan kain kapas (napkin bayi).

Minyak ini, boleh digunakan untuk semua masalah sakit urat atau saraf dan masalah angin atau sakit-sakit badan, insyaALLAH Tohour.



Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka 
                (Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)
                http://terapi-alfatah.blogspot.com



No comments:

Post a Comment