Sunday, September 27, 2015

Doa Kebahagiaan Rumahtangga


Assalamualaikum..

Di bawah ini adalah doa yang baik untuk diamalkan demi kebahagiaan rumahtangga dan keluarga kita..InsyaAllah.. Allah maha pemurah lagi maha Mengasihani


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا



“ROBBANA HAB LANA MIN’ AZWAJINA WA DZURIYYATINA QURROTA A’YUNIN WAJ’ALNA LIL MUTTAQIINA IMAAMAA”.

Maksudnya:

“ Ya ALLAH Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri  dan anak cucu kami yang menyenangkan kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa ”
(Al-FuRqan : 74)

Saturday, September 26, 2015

Ibadah Haji dan Umrah


Ibadah Haji dan Umrah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ


Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
"Dosa di antara dua umrah akan terhapus dan Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. Riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Nasaie, Ahmad, Ibnu Majah dan Malik


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْحُجَّاجُ وَالْعُمَّارُ وَفْدُ اللَّهِ 
إِنْ دَعَوْهُ أَجَابَهُمْ وَإِنْ اسْتَغْفَرُوهُ غَفَرَ لَهُمْ

Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bahawa baginda telah bersabda :
Orang yang mengerjakan haji dan umrah merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan.  Riwayat Ibnu Majah, at-Tabarani dan al-Baihaqi

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلَّا الْجَنَّةُ

Dari Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah SAW telah bersabda :
Turutilah kerja haji dgn ibadah umrah, sesungguhnya kedua-duanya akan menghalang kamu drp kepapaan dan dosa, sebagaimana hembusan api menghilangkan segala kekotoran besi, perak dan emas. Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. Riwayat Turmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ مَلَكَ زَادًا وَرَاحِلَةً تُبَلِّغُهُ إِلَى بَيْتِ اللَّهِ وَلَمْ يَحُجَّ فَلَا عَلَيْهِ أَنْ يَمُوتَ يَهُودِيًّا أَوْ نَصْرَانِيًّا وَذَلِكَ أَنَّ اللَّهَ يَقُولُ فِي كِتَابِهِ
{ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا }

Dari Ali, Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi tidak mahu mengerjakan haji, maka bolehlah dia memilih untuk mati secara Yahudi atau Nasrani ini kerana  Allah telah berfirman dalam kitabnya ....Riwayat Turmizi
{ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا }

Pengertian Haji
Haji ialah mengunjungi Baitullah di Makkah pada bulan-bulan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu untuk mengerjakan ibadah yang tertentu.
Umrah ialah menziarahi Kaabah pada bila-bila masa untuk mengerjakan tawaf, saie dan bercukur mengikut syarat-syarat yang tertentu.

Syarat wajib haji dan umrah:
(a) Islam tidak wajib ke atas orang kafir.
(b)
 Berakal  tidak wajib ke atas orang gila.
(c)
 Baligh tidak wajib ke atas kanak-kanak.
(d)
 Merdeka tidak wajib ke atas hamba sahaya.
(e)
 Berkemampuan tidak wajib ke atas orang yang tidak ada upaya dan tiada kuasa.

2.  Dalil wajib haji ke atas orang yang berkemampuan. Firman Allah S.WT.
 Maksudnya:  Dan mengerjakan haji itu wajib atas manusia kerana Allah, bagi mereka yang berkemampuan mengadakan perjalanan ke Baitullah.

3. Maksud istitaah @ berkemampuan:
(a) terjamin keselamatan diri, nyawa, dan harta semasa dalam perjalanan.
(b) mempunyai kenderaan yang selamat dan sesuai untuk pergi dan balik.
(c)
 mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan balik serta ahli keluarga yang ditinggalkan.
(d)
 ada kesempatan untuk mengerjakan haji.
(e)
 bagi wanita (yang sudah berkaliwin) hendaklah ditemani oleh dua orang muhrim atau kumpulan wanita yang boleh dipercayai serta mendapat izin danpada suaminya.

Rukun Haji
  1. Niat ihram mengerjakan haji
  2. Wukuf di Arafah
  3. Tawaf di Kaabah
  4. Sa'ie di antara Bukit Safa dan Marwah
  5. Bergunting atau bercukur rambut
  6. Tertib pada kebanyakan rukunnya
Rukun Umrah
  1. Niat ihram mengerjakan umrah
  2. Tawaf
  3. Sai'e
  4. Bergunting atau bercukur
  5. Tertib




Doa Selepas Solat Rumi

Doa Selepas Solat




Dalam rumi :

Bis-milla-hirrahma-nirrahim
Alhamdu lillahi rabbil ‘alamin. Allahumma solliwasallim ‘ala saiyidina Muhammadiw wa’ala a-lihi wasah-bihi ajma ‘in.
Allahumma inna nas-alukal’afwa wal-’afiah, wal-mu’afatad-da-imah, fiddi-ni waddun-ya wal-a-khirah.
Allahumma ah-sin, ‘aqibatana fil-umuri kulliha, wa-ajirna min khizyid dun-ya wa’azabil a-khirah.
Allahumma inna nas-aluka minal khairi kullihi, ‘a-jilihi wa-a-jilihi, ma-’alimna minhu wama lam na’lam. Rabbana a-tina fiddun-ya hasanataw-wafil a-khirati hasanataw-waqina ‘azaban nar.
Wasollallahu ‘ala saiyidina Muhammadiw-wa’ala a-lihi wasahbihi-wasallam. 

Maksudnya :

Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala Puji bagi Allah Tuhan Pentadbir Seluruh alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.









Friday, September 25, 2015

Doa Qunut Rumi

Doa Qunut Rumi

Bismillahir Rohmaanir Rohim..


Allah humah dini fiiman hadait.
Wa’a fini fiiman ‘afait.
Watawallani fiiman tawalait.
Wabarikli fiimaa a’tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik.
Wainnahu layadzilumau walait.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Falakalhamdu ‘ala maaqadhoit.
Waastaghfiruka wa’atubu ilaik.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.

Maksudnya :

Ya Allah, berilah aku petunjuk seperti orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk, berilah kesihatan sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri kesihatan, pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin, berilah berkah pada segala apa yang Engkau berikan kepadaku, dan peliharalah aku dari kejahatan yang telah Engkau tetapkan, sesungguhnya Engkaulah yang menetapkan, tidak ada yang menetapkan atas Engkau, tidak akan hina akan orang yang Engkau beri kekuasaan, dan tidak akan mulia orang-orang yang Engkau musuhi, Maha berbahagia Engkau, Maha Luhurlah Engkau, segala puji untukMu atas sesuatu yang telah Engkau tetapkan, aku mohon keampunan Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau, semoga Allah mencurahkan rahmat serta salam atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW beserta keluarga dan para sahabat.

'Doa Qunut Rumi'






Thursday, September 24, 2015

Doa Taubat dalam rumi

Doa Taubat dalam rumi

BismillahirRahmanirRahim..

Robbigh Firlii Warhamni Watubb A'layya Innaka Antat Tauwabur Rahim...



رَب اﻏْﻔِﺮْ ﻟِﻲ وَارْﺣَﻤْﻨِﻲ وَﺗُﺐْ ﻋَﻠَﻲﱠ إِﻧﱠﻚَ أَﻧْﺖَ اﻟﺘﱠﻮﱠابُ اﻟﺮﱠﺣِﻴﻢ

Ya Tuhan ampunilah dan sayangilah aku dan terimalah taubatku , sesungguhnya Engkau
Maha penerima Taubat dan Maha Penyayang



Astaghfirullahal A'zim Allazi Lailaa Hailla Hual hayyul qayyum wa atubuu Ilaih..

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

Wednesday, September 23, 2015

Doa Agar Berjaya



Doa Agar Berjaya Dalam Pelajaran dan Mencapai Cita-cita  








Ya Allah Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan sediakanlah petunjuk untuk kami (dalam menyelesaikan) urusan kami. Amin..

Saturday, September 19, 2015

BANTAHAN FILEM INNOCENCE OF MUSLIM DAN KARTUN NABI MUHAMMAD S.A.W

BANTAHAN FILEM INNOCENCE OF MUSLIM DAN KARTUN NABI MUHAMMAD S.A.W

SAYA SEBAGAI SEORANG UMAT ISLAM MEMBANTAH DENGAN SEKERAS-KERASNYA DENGAN PENGELUARAN FILEM TERSEBUT DAN JUGA KARTUN NABI MUHAMMAD YAND DITERBITKAN OLEH AKHBAR MINGGUAN PERANCIS BARU-BARU INI!








Monday, September 14, 2015

Adab di pasar cara Rasullulah SAW

Panduan Ketika Hamil dan Bersalin

Ucaplah Bismillah

Minat Rasulullah S.A.W pada wangian

Rasulullah SAW sentiasa senyum

Bergaul dengan kanak-kanak cara Rasulullah SAW

Berwuduk cara Rasulullah SAW

Bersuci cara Rasulullah s.a.w






Bersuci cara Rasulullah..

1. Membasuh tangan
2. Membasuh tempat hadas dan menghilangkan bekas. Menyucikan najis di bahagian depan dan belakang
3. Berwuduk
4. Meleraikan rambut dengan jari jemari
5. Menuangkan air ke kepala agar seluruh rambut mengenai air sebanyak 3 kali
6. Membasuh sebelah kanan bahagian depan
7. Membasuh sebelah kanan bahagian belakang
8. Membasuh sebelah kiri bahagian depan
9. Membasuh sebelah kiri bahagian belakang
10. Membasuh kaki


"Katakanlah jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku nescaya kamu dicintai Allah" (Surah Al Imran : 31)

Lihat penuh video untuk mendengar ulasan berkaitan larangan membazir ketika berwuduk dan bersuci.

Alam Kubur

Part 1





Part 2


Video Alam Kubur Part 2













Azab Kubur







Sunday, September 13, 2015

Pengakuan Syaitan Yang Terakhir



 
 
 
 
Maksudnya:
 
Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.



(Surah Ibrahim, 14:22)

Friday, September 11, 2015

HIMPUNAN DOA-DOA HARIAN


HIMPUNAN DOA-DOA HARIAN
DOA HARIAN
01  DOA KETIKA HENDAK TIDUR


Doa Sebelum Tidur

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Maksudnya : 
dengan nama mu Ya Allah aku hidup dan aku mati..
Sebelum itu bacakan surah tiga Qul iaitu Surah Al-Ikhlas, Surah Annas dan surah Al-Falaq
beserta ayat kursi.. InsyaAllah dipelihara Allah semasa tidur..

02  DOA KETIKA BANGUN TIDUR




الحَمْد لِلّهِ الّذِي أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْر

Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.


03  DOA KETIKA MEMAKAI PAKAIAN


اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي كَسَانِي هَذَا وَرَزَقَنِيْ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ

Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku pakaian ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan upaya dariku.


04  DOA KETIKA MEMBUKA PAKAIAN


بسم الله الرحمن الرحيم
بِسْمِاللهِ الَّذِى لاَاِلَهَ اِلاَّهُو

Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia (Allah)

Doa Pendinding dari Sihir

Doa Pendinding dari Sihir 1





Maksudnya:

''Rasul telah beriman kepada Al-quran yang diturunkan kepadanya dari TuhanNya, Demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah,Malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya dan Rasul-rasul-Nya (Mereka mengatakan)  " kami tidak membeda-bedakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan " kami dengar dan kami taat", (mereka berdoa) "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada engkaulah tempat kami kembali'' (285)

Maksudnya:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) " Ya Tuhan kami, janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami janganlah engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan orang-rang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yangkami tak sanggup memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kamiterhadap kaum yang kafir" (286)

Doa Pendinding dari Sihir 2





Doa Pendinding dari Sihir 3



Doa Pendinding dari Sihir 4



Selain daripada doa-doa di atas ini banyak lagi doa yang boleh diamalkan untuk melindungi diri daripada gangguan sihir. Untuk ayat-ayat shifa boleh layari http://www.rawatanislam.com/ayat-syifa.html.

Sekian Wassalam..


Wednesday, September 9, 2015

Antara Penghalang terkabulnya Doa

1-Makan dan minum serta memakai barang yang haram.

2-Terburu2 (mahu cepat-cepat dimakbulkan doa)

3-Melakukan kemaksiatan dan perkara-perkara yang haram

4-Meninggalkan kewajipan-kewajipan yang telah Allah telah perintahkan.

5-Berdoa dengan doa yang mengandungi dosa atau memutus silaturahim.


Tips mendapat ilmu yang berkat


1.           Memberikan sepenuh perhatian kepada pengajaran guru.
2.           Mendiamkan diri sewaktu guru menyampaikan ilmu
3.           Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan guru.
4.           Tidak meninggikan suara terhadap guru, sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang boleh didengari.
5.           Sekiranya perlu bertanya, pastikan guru bersedia memberikan jawapan.
6.           Menghormati guru di hadapan dan dibelakangnya.
7.           Menutup kelemahan guru agar tidak didedahkan tanpa keperluan.
8.           Mendoakan kebaikan baginya.
 
 
 
sumber: Majalah Al Ustaz

Adab-adab dalam berdoa


 

1.          Memulakan dan menutup doa dengan hamdalah dan selawat ke atas Nabi s.a.w.

2.          Sentiasa berdoa sama ada ketika lapang atau sibuk.

3.          Merendahkan suara ketika berdoa.

4.          Merendah diri di hadapan Allah ketika berdoa.

5.          Selalu mengulang-ulang dan terus menerus berdoa kepada Allah

6.          Mengakui segala dosa yang dilakukan dan segala nikmat yang telah diberikan ketika berdoa.

7.          Tidak bersajak-sajak dalam berdoa.

8.          Mengulangi doa sebanyak tiga kali.

9.          Menghadap kiblat.

10.    Mengangkat kedua tangan ketika berdoa.

11.    Berwuduk sebelum berdoa sekiranya tidak menyukarkan.

12.    Berdoa sambil menangis kerana takut kepada Allah.

13.    Menampakkan di hadapan Allah bahawa dirinya benar-benar berhajat dan mengadu segala keluhan di hadapan Allah.

14.    Memulakan berdoa dengan dirinya, jika ingin berdoa untuk orang lain

15.    Tidak melampaui batas dalam berdoa

16.    Bertaubat dan menolak segala bentuk kezaliman

17.    Mendahulukan dengan mengerjakan amal-amal soleh (seperti sedekah, solat, zakat dan sebagainya) ketika mahu berdoa.

 

 
sumber: majalah al Ustaz

Tuesday, September 8, 2015

Doa Masuk dan Keluar dari Tandas

Doa Masuk Tandas




 Maksudnya:

"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina".



Doa Keluar Tandas


Maksudnya :


"Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakanku kenikmatan dan mengekalkan dalam diriku kekuatan dan menjauhkan segala penyakit daripada aku."

Monday, September 7, 2015

Ujian dari Allah....

Doa Ketetapan Hati

Kelebihan Surah Al Kahfi pada hari Jumaat

 
 
 
Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.
 
1. Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya”
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
3. Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”.
(HR Muslim 809)

Jagalah Lidah Kita...

Rahsia Zuhud Imam Hasan Al Basri

Sukan Kegemaran Rasulullah SAW

Sunday, September 6, 2015

Doa doa rumi


DOA SEBELUM MAKAN RUMI

"Allahumma baarik lanaa fiimaa rozaqtanaa wa qina'azaabannar".

Maknanya :Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau rizqikan kepada kami, dan peliharalah kami dari siksa api neraka



DOA SEBELUM TIDUR RUMI

"Bismika Allaahumma ahyaa wa amuut "

Maknanya : Dengan nama Engkaulah ya Allah aku hidup dan aku mati



DOA BANGUN DARI TIDUR RUMI

"Alhamdulillahil lazi ahyaana ba’da maa amaatana wa ilaihin nusyur"

Maknanya : Segala puji bagai Allah yang menghidupkan kami setelah dimatikan (yakni tidur) dan kepadaNya kami semua akan kembali.

DOA MASUK TANDAS RUMI

"Allahumma Inni A'uu zubika minal hubusi wal hobaiz"

Maknanya :Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina

DOA PENERANG HATI RUMI

"Robbisyrohli sodri wayassirli amri wahlul ukdatam millisani yafkahu kauli"

Maknaya : Wahai Tuhanku! lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku urusanku dan bukalah simpulan dari lidahku supaya mereka faham ucapanku.

DOA UNTUK ANAK-ANAK  DAN ISTERI RUMI

" Robbana Hablana Min Azwa Jina Wazurriyatina Qurrata A'yun Waja'alna Lil Muttaqina Imaama"


“ Ya ALLAH Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri  dan anak cucu kami yang menyenangkan kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa ”
(Al-FuRqan : 74)

DOA MENAIKI KENDERAAN RUMI

" Subhanallazi Sahharolana Haza Wama Kunnalahu Mukrinin, Wa Inna Ila Rabbina Lamunqolibuun.."

Maksudnya : Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.

(Az-Zukhruf : 13-14)








Friday, September 4, 2015

Doa Untuk Temuduga

Doa Untuk Temuduga


1. Al- Fatihah

2.







Maksudnya :

Ya Allah Ya Tuhanku aku memohon kepadaMu akan kebaikan pada pekerjaan ini dan apa-apa kebaikan yang ada padanya. Dan aku berlindung dengan Engkau dari keburukan pekerjaan ini dan apa jua keburukan yang ada padanya.

3. Ayat seribu dinar 


Maksudnya:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."